Thursday, March 19, 2009

Di saat waktu semakin singkat

Sedar ke tak? hampir 3 tahun aku menetap di UMS yang
pada mulanya ianya bagai satu tempat yang begitu asing
buat aku. Ya! Aku terasa seperti berada di bumi asing!
Sememangnya asing, aku yang membesar dan dibesarkan
di
Ulu Tiram dengan tiba-tibanya aku perlu ke sini untuk
jangka masa 3 tahun. Wuhh! memang satu kejutan!
Walaupun agak keberatan pada mulanya, tapi paksakan
diri juga untuk pergi. Mungkin apa yang aku cari selama
ini ada di sini, tiada siapa yang tahu.


3 tahun? Tempoh waktu yang agak lama bagi aku pada
mulanya. Tempoh yang agak panjang! Tapi, "di saat
waktu
semakin singkat" ni aku rasakan waktu semakin
pantas. Semakin pantas berlalu, berlalu meninggalkan
aku tanpa menunggu walau sesaat. Aku terasa perjalanan
aku di sini baru saja nak bermula, hakikatnya aku sudah
hampir ke garisan penamat!


Lepas ini, mungkin tiada lagi gelak tawa, senda gurau
rakan-rakan dan tiada juga caki maki kawan-kawan yang
aku dengar setiap hari dari celik mata ke waktu tidur
ada kalanya larut hingga ke subuh.
Arggh! aku tak
pernah ambil pusing pun semua tu.
Aku pun bukan jenis
yang pandai ambil hati, kawan-kawan,
apa nak kisah?
Time susah, dorang jugak yang banyak
tolong aku,
ala..tak kan benda-benda kecil pun nak
di perbesarkan.


Penah jugak aku terpikir, apa yang aku akan buat lepas
ini? Apa yang aku nak lakukan lepas ini? Mungkin
persoalan itu
akan terjawab selepas aku keluar dari
sini, keluar ke
dunia luar yang sebenar. Moga aku
dapat tempohinya,
agar aku dapat laluinya.



Mungkin suatu hari nanti, aku akan merindui waktu ini!
Saat ini! Di saat waktu semakin singkat.

4 comments:

  1. ha...
    gua dh leh komen...

    ReplyDelete
  2. kadang2 bende selalu ade depan mate kite tak pandai nak hargai.
    tapi saat2 terakhir mesti kite akan rase sayang untuk meninggalkannya.

    ReplyDelete
  3. macam sedih jak post nie bah
    huhu ;)

    ReplyDelete
  4. pERkare yg kiTe tak pna nk haRgai,...
    akn Jadi sGt bererti bile ia semakin jauh Dari kite...

    ReplyDelete