Tuesday, September 15, 2009

Hari Raya Datang Lagi

Alhamdulillah, pejam celik sudah tiga minggu gua puasa. Insyallah, jika anak bulan kelihatan gua dan lu orang semua bakal menyambut 1 Syawal pada 20 September (Ahad) ini seperti yang dijangkakan.


Persiapan raya dah gua settlekan awal-awal lagi, takut-takut kehabiskan baju raya. Maklumla raya, semua orang berbelanja sakan. Sogo? Jln TAR, Masjid India. Penuh!


Makin hari, feel raya gua makin menjadi-jadi. Datang office ni pun buat ada-ada je! Bukan gua sorang, akak-akak makcik-makcik office gua pun dah mula sibuk-sibuk story pasal kuih muih, kerepek kerepek. Plus pasang lagu raya favorite gua. Macam mana gua nak handle!



p/s: makcik makcik, please jangan makan kuih raya depan gua!!

Saturday, September 12, 2009

balik ghaye...


balik ghaye:

rumah mak i 3 hari, rumah mak u 3 hari.

ok kan syg? haha

Sunday, June 28, 2009

mari bercerita tentang robot!

Transformers: Revenge of the Fallen

Semalam, aku ke panggung buat kali kedua untuk menonton tayangan filem aksi arahan Michael Bay, Transformers: Revenge of the Fallen. Ternyata, tontotan kali kedua ini masih membuatkan aku teruja dan terasa berbaloi dengan pelaburan sebelas ringgit yang dikeluarkan.



p/s: ****1/2!

final sem!

result final semester aku baru dikeluarkan semalam.
debar-debar gak la rasa.
seperti yang aku jangkakan.
tak banyak yang aku dapat banggakan.

tapi,
alhamdulillah.
lulus kesemuanya!
tiada paper yang perlu direpeat.



p/s: tamat penggajian :)

tag? layan.

1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
; minyak petrol motor.

2. Apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
; family + membes + duit!

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
; teluk danga!

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
; selama lamanya.

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
; pernah!

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
; nz curry house, wangsa maju

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
; SPPS 14.0

8. Apakah nama penuh kamu??
; Simpulan bin Simpulan

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
; dua-dua

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
; makcu atirah :) - ika

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
; kalu ada 1 jerk cam ne?

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
; Tidak.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
; Kelab malam, haha

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
; mengong, kaki pukul, miang, gf lama atok, dah lupa nak balik jb!

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
; notebook
; tidur
; duet
; jeans.
; kasut
; musik
; bersama rakan
; holiday

16. Pelukan atau ciuman??
; sepakan!

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
;
perkatan berlainan setiap hari.

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??-
; tolong bacakan buku cerita utk anak sedara aku.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
: lagu2 di radio.

20. Mari men'TAG' 8 orang lain...
; kamu!

Friday, June 19, 2009

Mandi!

Orang kata, makin kita besar makin malu nak memandi laut nie. Betul ke? May be. Aku pun terasa! Haa, nie beberapa keratan gambar yang diambil secara tidak sengaja time memandi sekitar pantai di UMS before terbang ke semenanjung beberapa bulan yang lepas. Maaf ye! Tak ada aksi-aksi memberangsangkan di sini. Tenggok, semuanya malu-malu belaka..









Thursday, June 4, 2009

aktiviti hujung minggu!



Bersama-sama kita memeriahkan ye!
Dah lama gua tak menyiku-nyiku org nih!




p/s: sorry, gua tak perform k!

Monday, June 1, 2009

gulai ketam vs sambal sotong

Tiba-tiba gua terasa nak makan gulai ketam ngan sambal sotong mak gua. Tak leh jadi nih! Gua nak balik JB this week!





p/s: damn! minyak dah turun, tambang bas bila nak turun?

Saturday, May 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY: IKA



Besday gurl: iKa
DOB: 30 Mei 1988

1st of all, feq nak dedicate lagu ni tuk ika.

"Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu"

yeah!
tolong nyayi sendiri ye!
kut suka la nak nyayi camne pun.
dari depan ke belakang ke.
atas ke bawah ke.
its up 2 u.
hehe..

btw
kesempatan yang seberapa sempat ni feq nak ucapkan
selamat ulang tahun yang ke 21 tuk ika.
moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
hadiah, buah tangan, cenderamata semua dah dibeli awal-awal lagi.
just nak tunggu ika amek jerk nie.
so camne?
hehehe..





p/s: hadiah menarik menanti anda: percutian ke Bali!

Friday, May 29, 2009

Selamat Kembali

Yeah!

Selamat Kembali.

Pasti ramai di antara rakan-rakan kita yang kembali bekerja pada hari ini selepas nekad mengambil cuti terkejut semalam, apabila pasukan kesayangan mereka tewas pada pasukan bukan pilihan pada awal pagi semalam.

Man u Oh Man u.

Mana pergi suara-suara sumbang yang gah pada mulanya, nasi lemak ayam la, nasi kerabu pak mail la, mee goreng nz curry house la. Aku nak tuntut nie!


p/s: cuti terkejut nak claim camne ek?

Wednesday, May 20, 2009

Akak Nama Siapa?

Bahagian 2.

Yeah! Hari baru, minggu baru buat aku. Tah, aku terasa semacam. Bersemangat jerk nak pergi kerja
lately ni. Ada something yang membuat aku tak sabar-sabar nak sampai ke office. Kalau boleh sebelum subuh aku dah nak tepacak depan office. Huh, tak pernah aku rasa semacam nih. Happy kot! haha.


Pagi yang dingin. Seperti biasa, deringan nada polyphonic nokia cikai Jalan Petaling ni lah yang akan mencelikkan aku dari tidur yang panjang. Mana nak panjang, kalau boleh sebelum Buliten Utama melabuhkan tirainya aku dah nak membuta. Penat babe, selepas seharian bekerja keras. Haha. Mandi di waktu ayam baru nak berkokooook bukanlah favourite aku sangat sebenarnya. Huh!


Terasa sunyi pagi ni, masih belum kedengaran deruan enjin-enjin kereta di jalanan. Masih belum kelihatan kelibat mat-mat rempit dengan tungangan mereka. Hanya kedengaran deruan angin-angin pagi dan suara-suara burung kecil bersiulan indah mensyukuri ciptaan Nya.


Aku melangkah longlai, melangkah longlai menuruni anak tangga turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan motor ber cc rendah aku. Yeah! Masih berkilat. Haha. Kesesakan di ibu kota ini membuatkan aku sedikit terganggu, tapi ini lah yang aku terpaksa lalui setiap pagi lingkungan 15 minit sebelum sampai ke
office dengan selamatnya.


"Morning Shafeq! dah breakfast? jom breakfast kat bawah."


Hah? Biar betul akak ni. Rasa-rasa aku ke yang kena payung dia ke ni? Tengah kering ni. Damn!





Bersambung...




p/s: breakfast kat eastern mall tak ajk!

Thursday, May 14, 2009

Akak Nama Siapa?

Hari ini merupakan hari kelima aku masuk bekerja. Huh! Kelihatan segak, segak daripada biasa. Berkasut kilat, rambut tersisir rapi, baju kemas bergosok dan kadang kala bertali leher.

Rutin harian aku kini bermula sekitar awal 5.45 pagi. Aku kini masih dalam proses untuk sesuaikan diri dengan rutin harian aku yang baru ni. Bangun di awal pagi, mandi dan terus ke pejabat seawal 8.00 pagi dengan menyusuri Jalan Jelatik yang agak sesak pada waktu pagi.

Damn! Aku terlewat. Jam aku menunjukkan tepat pukul 8.33 pagi, sedikit kelewatan hari ini. Apa aku nak jawab dengan Mr Singh nanti! Kusut! Aku menyusun ayat, agak-agak yang sedap bila sampai telinga dia nanti. "Kenapa lambat nih? Jalan jem Mr Singh. Kamu naik apa? Motor." Boleh lah tu kot. Hahaha.

"Selamat pagi Shafeq" Ucap akak manis sebelah meja aku. Fuhh! cantik betul akak hari ni, kena pulak dengan tudung ala-ala Ekin. Terkelu pulak lidah hari ni.
Aku hanya tersenyum tersipu malu. Haha.Damn! asal dengan aku nih. Cool, cool..
"Kak! Mr Singh dah masuk? Belum dik!" Fuhh.. nasib baik.



bersambung...




p/s: damn! aku jatuh chenta dengan akak sebelah!

Friday, May 1, 2009

Mereka semakin berani!!

7.30 pagi, mata aku mula celik. Entah apa kena ngan aku hari ni boleh terbangun awal dari waktu sepatutnya. Alarm punya la chatek setting kul 1 tengah hari nak bangun. Argghh.. apasal boleh terjaga ni, aku nekad nak tido balik. Then after 3 - 4 round try bergolek ke kiri ke kanan. Ternyata masih gagal! Aku pasrah. Haha!! Apa nak buat pagi-pagi buta ni, budak-budak lain sume tengah sedap membuta, ngadap bantal, ngadap bear gf bg. Tak kan aku nak turun jogging sorang-sorang kot pagi ni. Aduihai.. potong betul la, patut time cuti-cuti ni la nak bangun lambat.


Memandang lagi beberapa hari aku akan pulang, aku cuba mengambil altenatif ini untuk mengemas dan memacking ape yang patut. Segala bagai pulut rendang, buah kelapa, periuk belanga yang mana boleh disumbat aku cuba untuk bawanya pulang sebagai cenderahati dan buah tangan dari aku untuk warga di JB tanda ingatan aku pada mereka. Aku tak lupakan korang la babe!! Haa.. Dah tu, korang tak pandai-pandai nak datang Panti 7 tuntut nanti. Ala, anggap jerk barang-barang ni ada aku belikan untuk korang.


10.45 pagi, lepas settle kan barang-barang untuk dibawa balik next week. Aku cuba mencari sesuatu untuk dibuat untuk mengisi waktu pagi aku hari ini. Daripada menyapu lantai, mengelap cermin tingkap hingga membuang sawang-sawang yang ada di dinding aku buat. Huh! Penat juga rasanya bergotong-royong membanting tulang pepagi hari ni. Haa, ni sume penangan bangun awal punya pasal.


Badan mula terasa penat, keringat mula mengalir. Tapi, masih ada kerja yang aku terlepas pandang nak buat seminggu dua ni. Basuh baju! Aku memang malas bebeno bab-bab basuh membasuh ni. Selagi tak berbaldi baju-baju kotor tu, jangan harap aku nak basuh.
Pakai tangan babe nyental, Mahu tak malas, penat, lengguh sendi tulang sume ada la! Nak tak nak, pagi ni aku kena settle kan juga sume ni. 3 tahun, kadang terasa susah hidup bujang ni, sume benda kena lakukan sendiri. Harap hari ni panas hingga ke petang, kerana baju kain banyak di jemuran.




12.05 tengah hari, pandangan sekitar kampus yang menyenangkan dengan cuaca yang baik sesuai untuk melakukan aktiviti harian. Yaa! ni la view yang korang akan lihat jika duduk di block aku sekarang. Pakaian kaum hawa itu juga sering aku lihat dijemur dengan slumber mereka bagai takde siapa yang melihat. Huh! aku sendiri pun tak tau siapa yang empunnya. Setahu aku, penghuni block aku ni semuanya lelaki rupawan, tiada pula si gadis chantek yang di tinggal. Persoalan ini masih belum terjawab hingga sekarang. Siapakah empunya coli itu?





p/s: tak kan makcik cleanner tumpang jemur kot!

Kosong

Kadang-kadang..
Kalau kita ramai-ramai..
Kita tetap rasa kosong..


Kita tengok kiri..
Kita tengok kanan.
.
Kita tahu semua ada..
Mereka semua ada..
Tapi kita tak rasa apa-apa..
Kosong..


Kenapa agaknya kita rasa ini?




p/s: arsenal saje jerk bg man u menang 1 - 0!

Wednesday, April 29, 2009

Berjalan seperti biasa!

"sila update blog anda"


Pesanan yang ringkas, padat dan mudah aku pahami.. Ehhh.. patut la, hampir sepurnama aku tinggalkan dunia blogger ni, haha.. alasannya mudah. bz!! Huh... aku bz la lately nie, banyak betul kerja aku hold. Then terjadi la kerja last minute, nak kejar date line punya pasal (death line). Haha..Nak tak nak kena gak aku settle kan dulu. Maaf ye! Bukan aku tak nak luangkan sedikit masa, tapi nak wat macam mana. Sememangnya aku tak punyai masa yang terluang sekarang! Kegiler kentangan bz!!


Macam benda perlu aku settlekan before aku berlepas balik ke JB next week. Next week?? Yeah!! Aku nak pulang, pulang dan tak kembalilagi ke sini. Hopefully.. Haha.. Walaupun perasan bercampur baur di dada, aku cuba nafi kan! Melihat hanya destinasi yang pasti. Segala persiapan pulang sudah aku siapkan terlebih awal,tak nak la kelam kabut tak tentu pasal nanti.


Mengikut perkiraan dan perangkaan aku semalam, kira punya kira dan aku bernasib baik coz wang saku aku untuk pulang mencukupi. Huh!! lega rasanya.. Biasalah, pelajar yang berlajarlah katakan. haha.. Wang saku pun cukup-cukup makan. Aku tak nak la membebankan mak bapak aku jerk. Nak tak nak, aku pakai duit aku sendiri untuk balik nanti. Aku bertekad! Malam nie jugak aku book tiket! huh!!





p/s: aktiviti malam berjalan seperti biasa ye!! harap maklum..

Sunday, March 29, 2009

Malaysians are united?


Semalam: 28.03.09 (8.30 pm - 9.30 pm) seluruh dunia meraikan “Earth Hour” termasuk Malaysia secara rasminya. So sebagai rakyat Malaysia yang prihatin aku menyokong usaha ini. Haha. Ala.. bukan susah mana pun, just padamkan lampu untuk menujukkan keperihatinan, rite?




p/s: damn! sape tutup lampu time aku berak semalam? time tu belum 8.30 pm sial! huh!

Thursday, March 19, 2009

Di saat waktu semakin singkat

Sedar ke tak? hampir 3 tahun aku menetap di UMS yang
pada mulanya ianya bagai satu tempat yang begitu asing
buat aku. Ya! Aku terasa seperti berada di bumi asing!
Sememangnya asing, aku yang membesar dan dibesarkan
di
Ulu Tiram dengan tiba-tibanya aku perlu ke sini untuk
jangka masa 3 tahun. Wuhh! memang satu kejutan!
Walaupun agak keberatan pada mulanya, tapi paksakan
diri juga untuk pergi. Mungkin apa yang aku cari selama
ini ada di sini, tiada siapa yang tahu.


3 tahun? Tempoh waktu yang agak lama bagi aku pada
mulanya. Tempoh yang agak panjang! Tapi, "di saat
waktu
semakin singkat" ni aku rasakan waktu semakin
pantas. Semakin pantas berlalu, berlalu meninggalkan
aku tanpa menunggu walau sesaat. Aku terasa perjalanan
aku di sini baru saja nak bermula, hakikatnya aku sudah
hampir ke garisan penamat!


Lepas ini, mungkin tiada lagi gelak tawa, senda gurau
rakan-rakan dan tiada juga caki maki kawan-kawan yang
aku dengar setiap hari dari celik mata ke waktu tidur
ada kalanya larut hingga ke subuh.
Arggh! aku tak
pernah ambil pusing pun semua tu.
Aku pun bukan jenis
yang pandai ambil hati, kawan-kawan,
apa nak kisah?
Time susah, dorang jugak yang banyak
tolong aku,
ala..tak kan benda-benda kecil pun nak
di perbesarkan.


Penah jugak aku terpikir, apa yang aku akan buat lepas
ini? Apa yang aku nak lakukan lepas ini? Mungkin
persoalan itu
akan terjawab selepas aku keluar dari
sini, keluar ke
dunia luar yang sebenar. Moga aku
dapat tempohinya,
agar aku dapat laluinya.



Mungkin suatu hari nanti, aku akan merindui waktu ini!
Saat ini! Di saat waktu semakin singkat.

Sunday, March 15, 2009

Dijamin bahagia



Damn!!
Aku nak pergi..

Ada sape-sape nak payung tiket flight?
haha

Tuesday, March 10, 2009

Kata mereka?

Dikalangan mereka..
Pasti ada yang berkata..

Pasti ada yang bertanya..
Kenapa penulisan aku kebelakangan ini berbaur rasa kecewa dan duka?


Kata aku?
Mudah..
Perasaan itu yang menghantui..




p/s: moga ada yang mendengar

Lu memang over!

lu memang over..


lu dah bikin onar..
skang lu ckp gua sombong..


lu memang over..




p/s: gua over ke?

Monday, March 9, 2009

Kuang ajo ko keng!

wtf!!!
aku dpt nickname baru..


"mat puitis"
damn!!
semuanya bermula di sini..




p/s: mat puitis ada cam mat rempit tak?

Rintik hujan ini

rintik hujan ini...
kataku memberikan kehidupan...


rintik hujan ini...
kataku membawa kekuatan...


rintik hujan ini...
sungguh bagiku menghilangkan kedukaan...
melenyapkan kenangan silam...


dan dalam rintik hujan ini...
akhirnya kutemukan jawapan...




p/s: demam main hujan tak baik-baik

Sunday, March 8, 2009

Ayuh..bangun!

2 pagi..
bangun..
aku terbangun dari lena..
lihat aku ke luar jendela..


subuh..
subuh masih jauh..


mimpi?
patut aku terus bermimpi?
tidak..


mata sudah celik..
tak bisa lagi bermimpi..




p/s: "bangun" bersama

Monday, March 2, 2009

Selamat Tinggal Februari

Terdetik...
Ini permulaan baru...


Hari baru...
Minggu baru...
Bulan baru...


Ini bukan kesudahan...
Mula dengan senyuman...



p/s: rambut baru..haha

Sang rasa!

Pernah rasa diri tak diperlukan?
Pernah rasa diri diperbodohkan?



Aku pernah..
Aku sedang..
Dan aku masih..



Rasa ini..




p/s: memang tak cool

Saturday, February 28, 2009

Tagged?

Sebentar tadi..
Ya..

Tadi..

Aku di tagged oleh cik Fara..

Layan..


Follow this!
1. Go to your photo folder in your computer
2. Go to 6th folder of your photos
3. Go to the 6th picture in that folder
4. Put that picture on your blog and description it
5. Invite six friends to join the challenge
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged

************************************************************

Hasilnya..











Haa...
Pic ni time...
Damm!!!
Mn ada pic!!
Server wat hal pulak..
Nak upload pic pun xdapat...
Byk kali dah aku try..

Sorry!

***********************************************************

Person to tagged!

cik baby
cik d
cik ziqa
cik ika
cik tini
cik zura




p/s: selamat mencuba

Monday, February 23, 2009

Datang atau pergi?

ditunggu sekian lama...
dia tidak datang tiba...


ia pergi
menghilang bagai ditelan bumi...
yang tak pernah aku harapkan...


tiba tiba muncul
ia datang...
muncul di alam khayal...




p/s: khalayan

Saturday, February 21, 2009

Mudah saja?

Mudah saja


Ku kan doa moga ini yang terbaik untuknya...


Yang sudah, biarlah sudah...


Mudah saja




p/s: aku tahu engkau akan tersenyum

Wednesday, February 18, 2009

Temani aku!

Wajarkah berkelakuan abnormal seperti berikut jikala "engkau" diminta meninggalkanya atas alasan yang "engkau" sendiri tak pasti:


  1. Menangis teresak-esak hingga tersedu.
  2. Berguling-guling di lantai sambil menghentak-hentakan kaki jikala rumet "engkau" pergi ke kelas.
  3. Memujuknya dengan menggunakan teknik-teknik baru yang "engkau" pelajari daripada rakan-rakan engkau yang perihatin.
  4. Menggunakan khidmat bomoh atau dukun yang tersiar di surat khabar.
  5. Menghadiahkanya dengan sesuatu yang berharga sedangkan "engkau" ketika itu tidak berduit.
  6. Menarik perhatiannya dengan berkelakuan seperti dijangkiti penyakit yang kronik.
  7. Memperbodohkan diri "engkau" dengan harapan dia berubah hati.
  8. Lastly, buat dek. Layankan je.


p/s: boleh pakai ke semua ni?

Tuesday, February 17, 2009

Hari-hari yang suram!

sejak kebelakangan ni..
hari2 yg aku lalui agk suram..
suram?
ya...



sukar untuk aku coretkan dgn kata2..
sukar untuk aku luahkan dgn perasaan..
mungkinkah aku malu?
mungkinkah aku takut?
tidak pasti..



yg pasti!!
aku telah melakukan kesilapan yg amat besar untuk permulaan tahun 2009 ini...
ya!!
mmg aku slh..
mmg aku silap...



kesilapan ini telah mengajar aku..
kesilapan ini telah menyedarkan aku..
mungkinkah sebelum ini aku tidak sedar?
atau tidak ada orang yg mampu menyedarkan aku?
sampai aku leka...
sampai aku lupa...



kadang2...
kita tidak sedar akn apa yg kita lakukan tak disenanginya...
kita tidak sedar akn apa yg kita katakan menyakitinya...



terus dgn hari yg suram..
sampai bila?
aku tidak pasti..
aku hanya menunggu..
aku hanya menanti..
nanti hari yang tak pasti..



maapkan aku!!

Pemberitahuan

Blog ini terhasil daripada cetusan azam 2009 yang sebelum ini tertangguh dan desakan rakan taulan yang sering bertanyakan soalan yang seakan-akan sama dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan malah ada yang sampai bertahun. Ade ke?

Mungkin tak tahan dengan desakan demi desakan yang ditujukan, maka terhasil blog ini.

p/s: lepas nie jgn tanya aku ada blog ke tak!!!