Saturday, May 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY: IKA



Besday gurl: iKa
DOB: 30 Mei 1988

1st of all, feq nak dedicate lagu ni tuk ika.

"Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu"

yeah!
tolong nyayi sendiri ye!
kut suka la nak nyayi camne pun.
dari depan ke belakang ke.
atas ke bawah ke.
its up 2 u.
hehe..

btw
kesempatan yang seberapa sempat ni feq nak ucapkan
selamat ulang tahun yang ke 21 tuk ika.
moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
hadiah, buah tangan, cenderamata semua dah dibeli awal-awal lagi.
just nak tunggu ika amek jerk nie.
so camne?
hehehe..





p/s: hadiah menarik menanti anda: percutian ke Bali!

Friday, May 29, 2009

Selamat Kembali

Yeah!

Selamat Kembali.

Pasti ramai di antara rakan-rakan kita yang kembali bekerja pada hari ini selepas nekad mengambil cuti terkejut semalam, apabila pasukan kesayangan mereka tewas pada pasukan bukan pilihan pada awal pagi semalam.

Man u Oh Man u.

Mana pergi suara-suara sumbang yang gah pada mulanya, nasi lemak ayam la, nasi kerabu pak mail la, mee goreng nz curry house la. Aku nak tuntut nie!


p/s: cuti terkejut nak claim camne ek?

Wednesday, May 20, 2009

Akak Nama Siapa?

Bahagian 2.

Yeah! Hari baru, minggu baru buat aku. Tah, aku terasa semacam. Bersemangat jerk nak pergi kerja
lately ni. Ada something yang membuat aku tak sabar-sabar nak sampai ke office. Kalau boleh sebelum subuh aku dah nak tepacak depan office. Huh, tak pernah aku rasa semacam nih. Happy kot! haha.


Pagi yang dingin. Seperti biasa, deringan nada polyphonic nokia cikai Jalan Petaling ni lah yang akan mencelikkan aku dari tidur yang panjang. Mana nak panjang, kalau boleh sebelum Buliten Utama melabuhkan tirainya aku dah nak membuta. Penat babe, selepas seharian bekerja keras. Haha. Mandi di waktu ayam baru nak berkokooook bukanlah favourite aku sangat sebenarnya. Huh!


Terasa sunyi pagi ni, masih belum kedengaran deruan enjin-enjin kereta di jalanan. Masih belum kelihatan kelibat mat-mat rempit dengan tungangan mereka. Hanya kedengaran deruan angin-angin pagi dan suara-suara burung kecil bersiulan indah mensyukuri ciptaan Nya.


Aku melangkah longlai, melangkah longlai menuruni anak tangga turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan motor ber cc rendah aku. Yeah! Masih berkilat. Haha. Kesesakan di ibu kota ini membuatkan aku sedikit terganggu, tapi ini lah yang aku terpaksa lalui setiap pagi lingkungan 15 minit sebelum sampai ke
office dengan selamatnya.


"Morning Shafeq! dah breakfast? jom breakfast kat bawah."


Hah? Biar betul akak ni. Rasa-rasa aku ke yang kena payung dia ke ni? Tengah kering ni. Damn!





Bersambung...




p/s: breakfast kat eastern mall tak ajk!

Thursday, May 14, 2009

Akak Nama Siapa?

Hari ini merupakan hari kelima aku masuk bekerja. Huh! Kelihatan segak, segak daripada biasa. Berkasut kilat, rambut tersisir rapi, baju kemas bergosok dan kadang kala bertali leher.

Rutin harian aku kini bermula sekitar awal 5.45 pagi. Aku kini masih dalam proses untuk sesuaikan diri dengan rutin harian aku yang baru ni. Bangun di awal pagi, mandi dan terus ke pejabat seawal 8.00 pagi dengan menyusuri Jalan Jelatik yang agak sesak pada waktu pagi.

Damn! Aku terlewat. Jam aku menunjukkan tepat pukul 8.33 pagi, sedikit kelewatan hari ini. Apa aku nak jawab dengan Mr Singh nanti! Kusut! Aku menyusun ayat, agak-agak yang sedap bila sampai telinga dia nanti. "Kenapa lambat nih? Jalan jem Mr Singh. Kamu naik apa? Motor." Boleh lah tu kot. Hahaha.

"Selamat pagi Shafeq" Ucap akak manis sebelah meja aku. Fuhh! cantik betul akak hari ni, kena pulak dengan tudung ala-ala Ekin. Terkelu pulak lidah hari ni.
Aku hanya tersenyum tersipu malu. Haha.Damn! asal dengan aku nih. Cool, cool..
"Kak! Mr Singh dah masuk? Belum dik!" Fuhh.. nasib baik.



bersambung...




p/s: damn! aku jatuh chenta dengan akak sebelah!

Friday, May 1, 2009

Mereka semakin berani!!

7.30 pagi, mata aku mula celik. Entah apa kena ngan aku hari ni boleh terbangun awal dari waktu sepatutnya. Alarm punya la chatek setting kul 1 tengah hari nak bangun. Argghh.. apasal boleh terjaga ni, aku nekad nak tido balik. Then after 3 - 4 round try bergolek ke kiri ke kanan. Ternyata masih gagal! Aku pasrah. Haha!! Apa nak buat pagi-pagi buta ni, budak-budak lain sume tengah sedap membuta, ngadap bantal, ngadap bear gf bg. Tak kan aku nak turun jogging sorang-sorang kot pagi ni. Aduihai.. potong betul la, patut time cuti-cuti ni la nak bangun lambat.


Memandang lagi beberapa hari aku akan pulang, aku cuba mengambil altenatif ini untuk mengemas dan memacking ape yang patut. Segala bagai pulut rendang, buah kelapa, periuk belanga yang mana boleh disumbat aku cuba untuk bawanya pulang sebagai cenderahati dan buah tangan dari aku untuk warga di JB tanda ingatan aku pada mereka. Aku tak lupakan korang la babe!! Haa.. Dah tu, korang tak pandai-pandai nak datang Panti 7 tuntut nanti. Ala, anggap jerk barang-barang ni ada aku belikan untuk korang.


10.45 pagi, lepas settle kan barang-barang untuk dibawa balik next week. Aku cuba mencari sesuatu untuk dibuat untuk mengisi waktu pagi aku hari ini. Daripada menyapu lantai, mengelap cermin tingkap hingga membuang sawang-sawang yang ada di dinding aku buat. Huh! Penat juga rasanya bergotong-royong membanting tulang pepagi hari ni. Haa, ni sume penangan bangun awal punya pasal.


Badan mula terasa penat, keringat mula mengalir. Tapi, masih ada kerja yang aku terlepas pandang nak buat seminggu dua ni. Basuh baju! Aku memang malas bebeno bab-bab basuh membasuh ni. Selagi tak berbaldi baju-baju kotor tu, jangan harap aku nak basuh.
Pakai tangan babe nyental, Mahu tak malas, penat, lengguh sendi tulang sume ada la! Nak tak nak, pagi ni aku kena settle kan juga sume ni. 3 tahun, kadang terasa susah hidup bujang ni, sume benda kena lakukan sendiri. Harap hari ni panas hingga ke petang, kerana baju kain banyak di jemuran.




12.05 tengah hari, pandangan sekitar kampus yang menyenangkan dengan cuaca yang baik sesuai untuk melakukan aktiviti harian. Yaa! ni la view yang korang akan lihat jika duduk di block aku sekarang. Pakaian kaum hawa itu juga sering aku lihat dijemur dengan slumber mereka bagai takde siapa yang melihat. Huh! aku sendiri pun tak tau siapa yang empunnya. Setahu aku, penghuni block aku ni semuanya lelaki rupawan, tiada pula si gadis chantek yang di tinggal. Persoalan ini masih belum terjawab hingga sekarang. Siapakah empunya coli itu?





p/s: tak kan makcik cleanner tumpang jemur kot!

Kosong

Kadang-kadang..
Kalau kita ramai-ramai..
Kita tetap rasa kosong..


Kita tengok kiri..
Kita tengok kanan.
.
Kita tahu semua ada..
Mereka semua ada..
Tapi kita tak rasa apa-apa..
Kosong..


Kenapa agaknya kita rasa ini?




p/s: arsenal saje jerk bg man u menang 1 - 0!